TERMA & SYARAT

PEKELILING UNTUK MENGGUNAKAN PAKEJ CUTI-CUTI MENAIKI TREN

1. Perlu mengemukakan surat permohonan terlebih dahulu.

2. Semua jenis pembayaran adalah secara TUNAI, Bayaran berbentuk cek atau sebagainya tidak di
terima.

3. Harga yang terdapat di dalam brocher adalah termasuk tempat lawatan yang berbayar (tercatat
di dalam brocher sahaja),2x mkn pagi,2x mkn tgh dan 2x mkn mlm, pengangkutan dan
penginapan.

4. Boleh memilih untuk menaiki Bas atau Keretapi dari destinasi ke lawatan

5. Harga untuk tiket perlu dijelaskan di kaunter tiket semasa membuat penempahan.

6. Pembayaran selebihnya perlu dijelaskan pada waktu pagi setelah tiba di destinasi.

7. Perjalanan keseluruhan empat (4) hari, tiga (3) malam, termasuk perjalanan pergi dan balik.
Sekiranya para pelanggan yang ingin membuat penambahan hari, setiap satu (1) malam
dikenakan caj sebanyak RM100.00 seorang.

8. Bilangan penumpang minima 40 pax. untuk sebuah bas, sekiranya pelanggan lebih dari sebuah
bas, tidak kurang dari 70 pax. dan tidak lebih dari 88 pax untuk dua (2) buah bas atau lebih dari
88 orang.

9. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.Bagi yang berumur 4
hingga 12 tahun dikenakan bayaran pakej kanak-kanak manakala 13 tahun ke atas dikenakan
bayaran pakej dewasa.

10. Tempat penginapan adalah Hotel Sinature, Hotel Palace Kuala Lumpur, Hotel Putra, manakala
di Melaka pula iaitu Hotel Mesra / Mahkota Guest House , Hotel Dream

11. Senarai perbezaan di antara orang dewasa dan kanak-kanak serta lelaki dan perempuan mesti di
hantar ke pejabat kami dalam masa dua (2) minggu sebelum tarikh perjalanan untuk di hantar ke
pihak hotel.

12. Sekiranya para pelanggan ingin mengadakan program tambahan selain dari program yang
dianjurkan oleh KTM, kenderaan disediakan tanpa dikenakan sebarang caj. Keutamaan akan
diberikan kepada program yang dianjurkan oleh pihak pelanggan terlebih dahulu.

13. Program tidak semestinya mengikut apa yang tertera pada brocher sahaja, program boleh di
ubah tetapi mesti melalui perbincangan.

14. Untuk pelanggan dari Wilayah Selatan bayaran RM 20.00 akan dikenakan kerana menggunakan
kelas 2 tempat duduk.

15. Pelanggan boleh memilih untuk pakej mengunakan tren atau bas. Pakej menggunakan Bas juga
digunakan.

Sebarang pertanyaan :
ANUAR ABDULLAH
017- 3456709 / 019- 4493786
a_anuar@ktmb.com.my

No comments:

Post a Comment